Berita Berita
29 warga asing, 3 pengurus pusat hiburan ditahan dalam Ops Gegar di Pontian

PONTIAN 1 Ogos – Seramai 29 warga asing termasuk pelayan pelanggan wanita ditahan dalam serbuan Ops Gegar oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di tiga buah pusat hiburan sekitar daerah ini, awal pagi Rabu lalu.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata serbuan yang bermula jam 12 tengah malam itu melibatkan 35 pegawai penguat kuasa dan memeriksa seramai 69 individu.
“Hasil pemeriksaan, kami menahan 17 wanita warga Vietnam, 11 wanita dan seorang lelaki warga Indonesia, berumur antara 18 hingga 40 tahun, yang disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan.
“Turut ditahan, tiga lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pengurus dan penyelia pusat hiburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kesemua warga asing terbabit disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 atas pelbagai kesalahan termasuk tiada pas sah, tinggal melebihi tempoh, dan menyalahgunakan pas lawatan.
“Tiga lelaki tempatan pula disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi warga asing tanpa izin (PATI).
“Sebanyak 17 notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada individu lain bagi membantu siasatan,” katanya.
Semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.
JIM Johor menegaskan komitmennya untuk mempertingkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti warga asing tanpa izin serta bertindak tegas terhadap majikan yang bersubahat. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm