Berita Berita
RM67 bilion peruntukan pendidikan bukti komitmen reformasi – KPM

PUTRAJAYA 1 Ogos – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa RM67 bilion diperuntukkan kepada sektor pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke‑13 (RMK13) sebagai manifestasi iltizam kerajaan Madani dalam membina sistem pendidikan yang lebih progresif dan menyeluruh.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata fokus utama peruntukan itu adalah memperkukuh pendidikan prasekolah hingga menengah, memastikan kawal selia lebih berfokus dan berkesan di seluruh negara.
“Sebahagian peruntukan akan digunakan untuk pembinaan sekolah baharu serta naik taraf infrastruktur institusi pendidikan,” jelasnya.
Sebagai sebahagian dasar pembangunan, projek perumahan berskala besar kini diletakkan syarat pembinaan sekolah bersebelahan tapak kediaman. Idea “sekolah vertikal” juga akan dilaksana untuk menangani isu kepadatan sekolah di kawasan bandar tanpa tapak luas.
Selain itu, RMK13 turut menyasarkan kadar enrolmen prasekolah dan menengah mencapai tahap sejagat. Ini susulan kelulusan Rang Undang‑Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat, yang mewajibkan pendidikan menengah. Fokus seterusnya adalah mewajibkan pendidikan prasekolah bagi kanak‑kanak berusia lima tahun.
Fadhlina menekankan bahawa lebih banyak kemudahan prasekolah di bawah KPM akan dibuka bagi memenuhi kehendak ini.
RMK13 juga memberi penekanan kepada penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris, pengukuhan STEM, perkembangan bidang TVET serta literasi digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Beliau turut menggariskan bahawa kejayaan reformasi pendidikan negara bergantung kepada kekuatan barisan guru. Oleh itu, kerajaan akan memberi fokus kepada pengambilan guru baru, latihan persediaan dan peningkatan profesionalisme serta kompetensi guru dalam perkhidmatan.
“RMK13 adalah lambang komitmen kerajaan untuk merombak sistem pendidikan secara radikal demi manfaat generasi masa depan,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm