TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk ingat orang buang sampah, rupanya budak 4 maut tahun terjatuh dari tingkat 8 Flat Sri Perantau di Klang

By
|
Kongsi
image

KLANG 1 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari kediaman keluarganya di tingkat lapan Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo Online, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah pada bahagian kepala oleh penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat tubuh kecil itu terbaring di bawah flat.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Difahamkan, mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Ibunya seorang guru pelatih di sebuah sekolah rendah manakala bapanya bekerja di sebuah pelabuhan di kawasan itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali, berusia 40 tahun, memaklumkan ketika kejadian dia sedang berada di dapur sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dari arah bawah flat.

“Saya ingat orang buang sampah. Namun, tiba-tiba ada yang menjerit anak siapa jatuh ini.

“Sejurus itu, saya pun turun melihat ramai penduduk telah berkumpul dengan mangsa didapati dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum dibawa ambulans,” katanya ketika ditemui hari ini.

Turut berkongsi kesedihan, abang angkat mangsa berusia 12 tahun yang memaklumkan bahawa mangsa telah dijaga oleh ibunya sejak masih bayi.

“Seminggu ini, adik (mangsa) dilihat sangat manja dan sering memeluk ibu saya.

“Sepatutnya malam ini, ayah saya merancang membawanya bersama bermain badminton. Malah, kami sekeluarga juga merancang untuk mengadakan parti hari jadinya pada Oktober ini,” ujarnya sayu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah mengesahkan kejadian tersebut.

“Kenyataan penuh media akan saya keluarkan nanti,” jelasnya. 

+ - reset