Berita Berita
Keluarga Zara Qairina lantik 2 peguam urus kes, elak kekeliruan maklumat

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Keluarga kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar tingkatan satu yang meninggal dunia bulan lalu, telah melantik dua peguam bagi mengendalikan segala urusan berkaitan kes berkenaan.
Menurut penceramah bebas, Marhamah Rosli, dua peguam berkenaan ialah AlanShahlan Jufri dan Hamid Ismail, yang akan bertindak mewakili keluarga dalam semua perkara berkaitan siasatan dan proses undang-undang.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Marhamah berkata keputusan melantik barisan peguam itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang awam dan pihak media yang sebelum ini sering menghubunginya bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Sejak beberapa hari lalu, saya dihujani pelbagai mesej dan panggilan, bukan sahaja daripada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Jadi hari ini saya buat pengumuman terbuka agar semua jelas dan tidak timbul lagi kekeliruan,” katanya.
Tambah beliau, segala urusan berkaitan kes tersebut kini akan dikendalikan sepenuhnya di bawah nasihat dan pemantauan pasukan peguam yang dilantik oleh keluarga.
Marhamah turut menyeru mana-mana pihak termasuk peguam yang ingin menyumbang idea atau pandangan agar menyalurkannya terus kepada dua peguam tersebut, tanpa berhubung secara langsung dengan waris keluarga.
Beliau dalam masa sama menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan sokongan serta keprihatinan terhadap kes kematian tragik itu.
“Kes ini bukan sekadar isu undang-undang. Ini amanah, ini nyawa, ini maruah dan Allah sedang memperhatikan setiap langkah kita,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina, 13, ditemukan dalam keadaan parah sekitar pukul 3 pagi, 16 Julai lalu di tingkat bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Sabah, sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari keesokan harinya.
Insiden menyayat hati itu menjadi tular di media sosial selepas dikaitkan dengan dakwaan buli, mencetuskan gelombang kesedihan dan desakan keadilan dalam kalangan rakyat Sabah serta seluruh negara.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm