TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak perempuan 12 tahun cedera disamun lelaki bersenjata di Putra Perdana

By
|
Kongsi
image

 

SEPANG 8 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera selepas menjadi mangsa samun oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di Putra Perdana, Sepang pada Khamis.

Kejadian disedari jiran mangsa yang kemudiannya memaklumkan kepada bapa kanak-kanak tersebut sebelum laporan dibuat kepada pihak polis pada jam 5.03 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala sebelum dihantar oleh jiran ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Keadaannya kini stabil dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an menggunakan pisau yang diambil dari dalam rumah mangsa untuk melakukan serangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kes itu,” katanya lagi.

+ - reset