Berita Berita
MCMC panggil Muhyiddin babit siasatan kandungan di media sosial berhubung subsidi RON95

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan keterangan beliau sebagai saksi berhubung siasatan terhadap satu kandungan video yang dimuat naik di platform TikTok.
Menurut kenyataan rasmi MCMC hari ini, siasatan itu dijalankan bagi mengesahkan konteks sebenar kandungan video terbabit yang mengaitkan Muhyiddin dengan satu dakwaan berkaitan pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95.
“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” jelas MCMC.
Bagi melengkapkan siasatan, MCMC turut memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil mana-mana individu yang berkaitan jika perlu.
Sehubungan itu, MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional.
Berita berkaitan
August 8, 2025, 4:51 pm
Dua bulan lagi, Belanjawan 2026 bakal dibentang 10 Oktober depan
August 8, 2025, 4:40 pm
UiTM kekal fokus bantu bumiputera, henti terus kemasukan pelajar antarabangsa
August 8, 2025, 2:22 pm
Tetak polis dengan parang, pemotong rumput dipenjara lapan bulan
August 8, 2025, 1:48 pm
Polis minta anak Sosilawati tampil bantu siasatan kes terima bungkusan ganja dari Thailand
August 8, 2025, 1:05 pm