Berita Berita
RON97, diesel turun 4 sen

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun empat sen kepada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga petrol RON95 turut dikekalkan pada RM2.05 seliter.
Keputusan itu, menurut MOF, dibuat selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia. Penetapan harga mingguan produk petroleum pula adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan itu.
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 8:37 pm
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal
August 15, 2025, 6:00 pm
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa
August 15, 2025, 5:12 pm
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm