Berita Berita
Rakyat sudah faham manfaat, kerajaan akan kekalkan SST - MOF

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kerajaan berpendapat sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) wajar diteruskan kerana telah lama difahami oleh industri, peniaga dan rakyat, selain masih berpotensi ditambah baik untuk meningkatkan hasil negara.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, SST yang telah digunakan lebih 40 tahun mampu menjana hasil tambahan serta memberikan impak fiskal lebih pantas berbanding memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang memerlukan tempoh persediaan sehingga dua tahun.
"Jika dibandingkan untuk memperkenalkan semula GST, ia memerlukan tempoh masa persediaan sehingga dua tahun bagi memberi ruang kepada syarikat untuk penyediaan dan mengemas kini sistem pelaksanaan GST," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di portal Dewan Rakyat hari ini.
Jawapan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai kelebihan SST berbanding GST.
MOF menjelaskan, peluasan skop SST dijangka mampu menjana hasil tambahan sebanyak RM10 bilion setahun bermula 2026.
Menurut kementerian itu, GST dan SST masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.
"Di bawah GST, cukai penggunaan dikenakan di pelbagai peringkat tetapi disertakan dengan mekanisme kredit cukai input.
"Bagi SST pula, cukai penggunaan terlibat hanya dikenakan pada satu peringkat, tanpa mekanisme kredit cukai input.
"Bagaimanapun, di bawah SST terdapat kemudahan pengecualian tertentu diberikan menjadikan sistem SST boleh dilaksanakan secara bersasar," katanya.
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 8:37 pm
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal
August 15, 2025, 6:00 pm
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa
August 15, 2025, 5:12 pm
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm