TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPN nasihat orang ramai jangan sertai himpunan isu bendera terbalik anjuran UMNO di Bertam

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan supaya perhimpunan yang dirancang di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis dibatalkan bagi menjaga keselamatan masyarakat setempat dan mengelakkan pertembungan antara kumpulan bertentangan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

"PDRM turut mengambil maklum berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Sehingga kini, sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara, termasuk 17 di Pulau Pinang dan 21 lagi di negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, siasatan turut melibatkan tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan video berkenaan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin lalu dan kini sedang diteliti pihak berkaitan," ujarnya.

Menurut Mohd Khalid, PDRM komited melaksanakan siasatan secara telus, berintegriti dan mengikut undang-undang demi memelihara keamanan serta keharmonian masyarakat.

"Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan, sebaliknya menyalurkan maklumat sahih kepada pihak polis," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias, mengesahkan pihaknya merancang mengadakan perhimpunan di Bertam sebagai maklum balas terhadap kesediaan DAP menyambut mereka dengan pengedaran 831 helai Jalur Gemilang.

Program yang dijadualkan pada jam 5.30 petang itu akan turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, sebagai simbol solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

+ - reset