Berita Berita
Op Northern Star: 6 lagi ditahan termasuk Datuk Seri, aset RM97.69 juta disita

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Enam individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan dalam siasatan terhadap skim penipuan pelaburan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star, dengan jumlah aset bernilai lebih RM97.69 juta berjaya disita dan dibekukan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata penahanan itu hasil operasi dijalankan antara 26 Julai hingga 15 Ogos lalu susulan maklumat baharu diperoleh daripada tangkapan sebelum ini.
“Selain ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang memiliki syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, turut ditahan dua individu bergelar Datuk yang terbabit dalam bidang telekomunikasi, seorang pemaju perumahan dengan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, serta dua lagi iaitu penjaga kebun dan akauntan kebun durian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Antara aset yang dibekukan termasuk 88 akaun bank melibatkan RM10.53 juta, 398 juta unit saham bernilai RM86.85 juta dalam dua syarikat tersenarai, wang tunai RM300,600, tujuh kenderaan mewah, lima jam tangan mewah, dua beg tangan berjenama, enam telefon bimbit serta pelbagai dokumen.
Secara keseluruhan, jumlah pembekuan dan penyitaan sejak Op Northern Star dilaksanakan Mac lalu telah mencecah RM6.64 bilion.
Mohd Khalid turut memaklumkan, sebuah syarikat pemaju hartanah turut disita, menjadikan keseluruhan sembilan syarikat kini dalam siasatan – lima berasaskan hartanah, dua berasaskan perladangan, dan dua lagi dalam sektor perhotelan.
Turut disita ialah kebun durian seluas 7,981.2 hektar di Balik Pulau (55 ekar), Kulim (21 ekar) dan Gua Musang (19,644 ekar).
“Pasukan AMLA akan terus menjalankan siasatan menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki menyimpan, memindah atau menggunakan wang daripada aktiviti haram,” katanya.
Pada 30 Mei lalu, AMLA menahan 17 individu termasuk usahawan bergelar ‘Tan Sri’ dan ‘Datuk Seri’ dipercayai proksi skim penipuan MBI dengan aset berjumlah RM3.81 bilion turut disita.
Berita berkaitan
August 25, 2025, 12:12 pm
Lelaki hilang 3 hari lalu ditemui lemas di Sungai Kelantan
August 25, 2025, 11:25 am
Lebih 1.2 juta pekerja gig bakal miliki hak tentukan kadar upah melalui RUU 2025
August 25, 2025, 11:13 am
Anthony Loke angkuh, DAP kini jadi MCA 2.0 - Ti Lian Ker
August 25, 2025, 10:55 am
Empat rakan didakwa bunuh koperal polis di Alor Setar
August 25, 2025, 10:44 am
Wanita warga India ditahan guna pas khas palsu di KLIA
August 25, 2025, 10:35 am
MARA tak layan rayuan 'kabel' termasuk golongan VIP jika terlibat buli - Asyraf Wajdi
August 25, 2025, 9:55 am
Malaysia tidak pernah berpaling perjuang nasib Palestin - Anwar
August 25, 2025, 8:16 am
Kedai tayar di Shah Alam terbakar, lebih 40 kenderaan termasuk motosikal rentung
August 24, 2025, 7:20 pm