TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggota badan 'berselerak', lelaki maut digilis tren komuter di Pekan Chemor

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 27 Ogos - Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dilanggar tren komuter di Kilometer 156 berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pada pukul 6 pagi itu dimaklumkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurutnya, pemandu tren terdengar dentuman kuat di bahagian hadapan kenderaan namun gagal mengenal pasti objek yang dilanggar kerana suasana ketika itu gelap dan berkabus.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan serpihan anggota badan manusia serta barangan peribadi dipercayai milik mangsa. Berdasarkan pakaian dijumpai, mangsa dipercayai seorang lelaki,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak dan Pasukan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang dikerahkan ke lokasi turut menemui cebisan tubuh mangsa yang kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga identiti mangsa dikenal pasti. Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Safrizal Mohd. Saad di talian 017-3446790,” ujarnya.

 

+ - reset