Berita Berita
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri hingga tengah hari

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri dengan tempoh amaran berkuat kuasa sehingga tengah hari Khamis (28 Ogos).
Di Perlis, penduduk diminta bersiap sedia menghadapi cuaca buruk. Seluruh negeri Kedah pula dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.
Pulau Pinang turut diramal berdepan cuaca tidak menentu dalam tempoh berkenaan.
Di Perak, amaran melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, daerah Jeli dan Gua Musang di Kelantan turut dijangka terjejas.
Beberapa kawasan di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Amaran turut melibatkan negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di samping itu, Negeri Sembilan dan Melaka juga diramal menerima cuaca buruk di kebanyakan kawasan.
Johor pula melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam dijangka berlaku atau berterusan melebihi satu jam.
Amaran jangka pendek ini hanya sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu ia dikeluarkan.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada MetMalaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm
Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pencetus kebencian kaum, agama – Anwar
August 28, 2025, 5:28 pm
Tiga termasuk suami isteri mengaku salah amal ajaran sesat di Temerloh
August 28, 2025, 5:19 pm
Polis gempur pusat scam dalam talian di Bangsar, 400 individu kena angkut
August 28, 2025, 5:03 pm
RUU URA 2025 ditangguh, dibawa ke sidang akan datang
August 28, 2025, 4:55 pm