Berita Berita
Semua pihak perlu sokong RUU Pekerja Gig 2025 - Lam Thye

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kerajaan, industri dan masyarakat sivil digesa memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 dapat dilaksanakan dengan berkesan agar memberi manfaat kepada mereka yang setiap hari mengorbankan masa dan tenaga di jalan raya.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata semua Ahli Parlimen perlu menyokong penuh RUU itu demi keadilan, kesejahteraan dan keselamatan pekerja gig.
Menurutnya, ia langkah penting bagi mengiktiraf sumbangan besar pekerja gig terhadap ekonomi negara, selain memastikan hak, kebajikan, keselamatan dan kesihatan mereka sentiasa terpelihara.
“Pekerja gig, khususnya penghantar makanan, adalah kumpulan paling terdedah kepada kemalangan jalan raya. Melalui RUU ini, standard keselamatan, latihan dan kesedaran dapat diperkukuh.
“Selain itu, pekerja gig akan mendapat akses kepada perlindungan sosial asas seperti insurans, sokongan kesihatan serta pampasan sekiranya berlaku kemalangan ketika bekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Lam Thye berkata, RUU itu juga memberi pengiktirafan undang-undang kepada pekerja gig yang sebelum ini dianggap sebagai ‘pekerja tidak kelihatan’, walhal mereka memainkan peranan penting menggerakkan ekonomi terutama ketika pandemik lalu.
Bacaan kali kedua RUU Pekerja Gig 2025 menjadi antara agenda penutup Mesyuarat Dewan Rakyat kali ini yang bersidang sejak 21 Julai lalu.
Katanya lagi, penggubalan undang-undang itu bakal mewujudkan garis panduan lebih jelas, sekali gus menambah baik persekitaran kerja pekerja gig daripada penindasan serta menyediakan mekanisme aduan yang lebih baik.
“Ia bukan sahaja melindungi pekerja gig, malah keluarga dan komuniti yang bergantung kepada mereka. Setiap hari, puluhan ribu penghantar makanan, pemandu e-hailing dan kurier menjadi nadi perkhidmatan masyarakat, tetapi berdepan risiko tinggi di jalan raya tanpa perlindungan mencukupi.
“RUU ini mampu memperkukuh nilai keadilan, kepedulian dan inklusiviti dalam sistem pekerjaan negara,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm
Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pencetus kebencian kaum, agama – Anwar
August 28, 2025, 5:28 pm
Tiga termasuk suami isteri mengaku salah amal ajaran sesat di Temerloh
August 28, 2025, 5:19 pm
Polis gempur pusat scam dalam talian di Bangsar, 400 individu kena angkut
August 28, 2025, 5:03 pm
RUU URA 2025 ditangguh, dibawa ke sidang akan datang
August 28, 2025, 4:55 pm