Berita Berita
Gempa bumi: Sultan Pahang titah semua masjid, surau di Pahang laksana solat hajat tolak bala

KUANTAN 28 Ogos - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh Pahang melaksanakan solat hajat serta doa menolak bala, malam ini.
Titah baginda dizahirkan berikutan beberapa siri bencana gempa bumi yang membabitkan Malaysia baru-baru ini, sekali gus menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.
"Baginda bertitah supaya umat Islam di negeri Pahang sentiasa memperkukuhkan doa, meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah," menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini.
Menurut hantaran itu, baginda turut meminta rakyat bersama-sama berdoa Allah SWT melindungi negeri Pahang daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat.
Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, Johor dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri itu serta selatan Pahang.
Pada 24 Ogos lalu, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah sama pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1 disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm
Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pencetus kebencian kaum, agama – Anwar
August 28, 2025, 5:28 pm
Tiga termasuk suami isteri mengaku salah amal ajaran sesat di Temerloh
August 28, 2025, 5:19 pm
Polis gempur pusat scam dalam talian di Bangsar, 400 individu kena angkut
August 28, 2025, 5:03 pm
RUU URA 2025 ditangguh, dibawa ke sidang akan datang
August 28, 2025, 4:55 pm