Berita Berita
Lubang benam empat kali dalam tempoh setahun di KM78 Jalan Gua Musang-Lojing, satu lorong di tutup

GUA MUSANG 28 Ogos – Satu lagi kejadian lubang benam dilaporkan di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brook, menjadikan ia insiden keempat sejak November tahun lalu.
Lubang benam terbaharu itu dikesan pada 7 Ogos lalu dan semakin membesar akibat hujan berterusan, menyebabkan satu lorong dari arah Lojing ke Gua Musang ditutup kepada kenderaan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Nik Soh Yaacoub, berkata berdasarkan laporan JKR Gua Musang, lubang benam tersebut berukuran kira-kira 15 meter panjang dengan kedalaman 3.1 meter.
“Jalan ini mempunyai empat lorong. Satu lorong dari Lojing ke Gua Musang ditutup sejak 7 Ogos, manakala laluan dari Gua Musang ke Lojing masih boleh digunakan seperti biasa.
“Lubang benam sebelum ini telah dibaiki pihak konsesi, namun hujan berterusan menyebabkan kerosakan baharu berlaku di lokasi sama,” katanya ketika dihubungi.
Pada 23 November tahun lalu, lubang benam pertama sedalam enam meter dilaporkan di lokasi sama, disusuli lubang kedua sedalam sembilan meter pada 12 Disember pada jarak lima meter dari kerosakan asal.
Sementara itu, pada 15 Mac lalu, satu lagi lubang benam berlaku di lokasi sama sebelum laluan berkenaan dibuka semula kepada semua kenderaan ringan pada 27 Mac sempena sambutan Aidilfitri.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm
Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pencetus kebencian kaum, agama – Anwar
August 28, 2025, 5:28 pm
Tiga termasuk suami isteri mengaku salah amal ajaran sesat di Temerloh
August 28, 2025, 5:19 pm
Polis gempur pusat scam dalam talian di Bangsar, 400 individu kena angkut
August 28, 2025, 5:03 pm
RUU URA 2025 ditangguh, dibawa ke sidang akan datang
August 28, 2025, 4:55 pm