TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Saya tak mahu Melayu hidup merempat' - Anwar mahu RUU URA 2025 diteruskan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 atau Urban Renewal Act bukanlah usaha untuk merampas hak orang Melayu, sebaliknya bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat bandar.

Anwar menolak dakwaan bahawa RUU berkenaan bersifat menindas, sambil menegaskan beliau bukan “Perdana Menteri boneka” dan tetap komited mempertahankan kepentingan Melayu Bumiputera.

“Jangan buat tuduhan kononnya kita mahu ketepikan orang Melayu. Tidak benar. Antara tugas saya adalah menyelamatkan masyarakat Melayu di bandar yang kini hidup serba kekurangan.

“Saya tidak mahu orang Melayu terus merempat. Lihat sahaja pengalaman ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, kita bangunkan kawasan seperti Kerinchi dan Wangsa Maju dengan dana besar. Sekarang, pembangunan itu mesti diteruskan kerana sudah tertinggal berpuluh tahun,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mencadangkan RUU PSB 2025 ditangguhkan dan dibincang lebih lanjut bersama semua pihak.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan kerajaan bersedia menerima cadangan penambahbaikan, termasuk membabitkan nilai ambang persetujuan penduduk sebelum sesuatu kawasan dibangunkan semula.

“Saya tidak kata cadangan undang-undang ini sempurna, ia sentiasa boleh dibuat penyesuaian. Tetapi pembangunan ini mesti diteruskan.

“Kita tidak boleh biarkan bandar dengan bangunan pencakar langit, sedangkan masih ada kawasan kediaman daif dan tidak selesa. Perlu ada rumah baharu yang lebih sesuai dengan keadaan semasa untuk rakyat, majoritinya Melayu,” katanya.

Recommendation: Tekankan penegasan Anwar menolak dakwaan ‘merampas hak Melayu’ sambil memaparkan fokus beliau pada agenda pembaharuan bandar.
Next step: Ikuti reaksi lanjut pembangkang serta penyesuaian yang bakal dibuat kerajaan terhadap RUU PSB 2025.

+ - reset