Berita Berita
Pelajar Kolej Vokasional dipenjara seumur hidup, 12 lagi dipenjara selama diperkenan TYT

TAWAU 28 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh rakan asrama, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol dalam prosiding penetapan hukuman turut memerintahkan 12 lagi tertuduh yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.
Terdahulu, pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun itu bersalah membunuh mangsa di bilik asrama kolej berkenaan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, selepas didapati bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.
Mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ijat’ ditemui mati selepas dipercayai dipukul beramai-ramai oleh rakan sendiri, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung kehilangan wang milik dua tertuduh. - Media Telus
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm
Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pencetus kebencian kaum, agama – Anwar
August 28, 2025, 5:28 pm
Tiga termasuk suami isteri mengaku salah amal ajaran sesat di Temerloh
August 28, 2025, 5:19 pm
Polis gempur pusat scam dalam talian di Bangsar, 400 individu kena angkut
August 28, 2025, 5:03 pm
RUU URA 2025 ditangguh, dibawa ke sidang akan datang
August 28, 2025, 4:55 pm