Berita Berita
Pelajar terjatuh dari tingkat 3 asrama masih koma, polis masih teruskan siasatan

SHAH ALAM 29 Ogos - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam masih belum sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Belum (sedar) lagi. Siasatan masih diteruskan seperti kenyataan media saya sebelum ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Pelajar terbabit dikenali sebagai Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, yang dilaporkan parah selepas kejadian itu.
Shazeli sebelum ini memaklumkan, sejurus menerima laporan berhubung insiden tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka.
Polis meneliti pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan sekeliling.
Semalam, media melaporkan beberapa petugas sekolah turut dipanggil polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Rakaman percakapan diambil termasuk daripada pihak sekolah,” kata Shazeli.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm