TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

​​​​​​​Segamat sekali lagi dilanda gegaran gempa bumi lemah

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 29 Ogos – Gegaran gempa bumi lemah kembali direkodkan di Segamat awal pagi tadi, susulan kejadian sama yang berlaku pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa bermagnitud 3.4 itu berlaku pada jam 4.24 pagi dengan pusat gegaran berada pada koordinat 2.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer.

“Kejadian berpusat kira-kira 22 kilometer timur laut Segamat dan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor,” katanya.

MetMalaysia menegaskan pihaknya akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Pada Khamis, gegaran bermagnitud 2.5 direkodkan pada jam 7.56 malam di Segamat, manakala pada 24 Ogos lalu gempa bermagnitud 4.1 turut berlaku di kawasan sama pada awal pagi.

Beberapa jam kemudian, satu lagi gegaran direkodkan di Yong Peng dengan kekuatan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer. - Media Telus

+ - reset