Berita Berita
Kubur pegawai kadet PALAPES, Syamsul Haris digali semula pagi ini, jenazah akan dihantar ke HKL

SEMENYIH 29 Ogos – Proses penggalian semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, bermula pada jam 8.15 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu.
Tinjauan di lokasi mendapati ahli keluarga arwah mula tiba seawal jam 7.15 pagi, termasuk ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, yang hadir bersama peguamnya, Datuk Naran Singh Ara Singh pada jam 7.42 pagi dengan menaiki kereta Mercedes biru gelap.
Beberapa kenderaan pasukan Jabatan Forensik turut tiba sekitar jam 8.02 pagi, manakala kawasan perkuburan dikawal ketat oleh polis. Hanya pihak berkuasa dan individu terlibat dibenarkan masuk, sementara pengamal media, ahli keluarga lain serta orang awam ditempatkan di luar pintu pagar.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu mengarahkan kubur Syamsul Haris digali semula selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman. Proses tersebut dijalankan dengan kehadiran pakar forensik, Dr Bhupinder Singh; pihak berkuasa; serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Jenazah Syamsul Haris dijadualkan dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani bedah siasat kali kedua.
Pada 19 Ogos lalu, Ummu Haiman memohon kepada mahkamah agar kubur anaknya digali semula bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan serta mencadangkan prosiding inkues.
Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor. Beliau dikebumikan pada 29 Julai di tanah perkuburan berkenaan.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm