Berita Berita
28,525 individu diusir dari Malaysia sejak Januari, warga Indonesia paling ramai

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Seramai 28,525 individu telah diusir dari negara ini dalam tempoh 1 Januari hingga 6 Julai tahun ini, kebanyakannya terdiri daripada lelaki warga Asia Tenggara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, lelaki mencatatkan angka tertinggi iaitu 21,039 orang atau 74 peratus.
“Ini diikuti oleh wanita seramai 6,145 orang (21 peratus), 778 kanak-kanak lelaki (tiga peratus) dan 563 kanak-kanak perempuan (dua peratus),” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Syerleena Abdul Rashid (PH–Bukit Bendera), semalam.
Syerleena meminta penjelasan mengenai jumlah pengusiran dilakukan antara 1 Januari hingga 21 Julai, dengan pecahan mengikut umur, jantina, kewarganegaraan serta status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Menurut Saifuddin, warga Indonesia merupakan kumpulan terbesar yang diusir dengan 11,085 orang, diikuti Myanmar (4,885) dan Filipina (4,465).
Beliau menegaskan walaupun Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967, kerajaan tetap mengamalkan prinsip non-refoulement atas dasar kemanusiaan.
“Secara prinsipnya, Malaysia tidak mengusir pemegang kad UNHCR kecuali bagi tujuan penempatan semula ke negara ketiga,” katanya.
Berdasarkan data Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), seramai 8,627 pelarian dan pencari suaka telah ditempatkan semula di negara ketiga tahun lalu.
Bagi tahun ini sehingga Jun, sebanyak 947 individu telah berjaya ditempatkan semula, dengan destinasi utama melibatkan Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm