Berita Berita
Kerangka antibuli, pendidikan digital dan TVET antara fokus KPM dalam Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi penekanan kepada pembentukan kerangka antibuli di institusi pendidikan, pemerkasaan pendidikan digital serta pengukuhan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2026.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkasa pendidikan prasekolah dan mengangkat potensi murid berkeperluan khas.
Beliau menjelaskan perkara itu merupakan hasil daripada siri dialog serta konsultasi yang dijalankan bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.
“Belanjawan kali ini sangat penting kerana ia berkait langsung dengan pelaksanaan agenda utama KPM seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Persekolahan 2027,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Fadhlina turut memaklumkan bahawa beliau baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang disifatkan sebagai peluang untuk meneliti inisiatif pendidikan dalam Belanjawan 2026 secara menyeluruh.
“Belanjawan 2026 yang merupakan siri keempat dalam Belanjawan MADANI memberi fokus kepada usaha memulih daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat berdasarkan Kerangka Ekonomi MADANI.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Kewangan II dan pasukan beliau atas pertimbangan yang diberikan. Kita nantikan pembentangan Belanjawan 2026,” katanya.
Menurut jadual Parlimen, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini jam 4 petang.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm