Berita Berita
Jasad Syamsul Haris masih dalam keadaan baik, bedah siasat kedua dijalankan esok pagi

SEMENYIH 29 Ogos – Proses bedah siasat kedua jasad pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, akan dijalankan esok di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh, berkata penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu bermula jam 8.45 pagi tadi oleh empat penggali kubur, sebelum jasad dikeluarkan pada 9.22 pagi.
“Jasad berada dalam keadaan baik dan dibungkus dengan bungkusan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke IPFN HKL. Beberapa prosedur akan dibuat petang ini manakala bedah siasat dijadual jam 9 pagi esok,” katanya.
Proses itu turut dihadiri tiga pakar forensik IPFN HKL serta wakil keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh. Menurut Naran Singh, keluarga berpuas hati dengan kelancaran penggalian semula kubur tersebut.
Beliau menambah, sebelum ini ibu arwah, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, melihat kecederaan pada bahagian mata, hidung berdarah, dada luka dan lebam pada tubuh anaknya.
“Bagaimana Menteri Pertahanan boleh memaklumkan tiada kecederaan dialami Syamsul Haris? Pastinya seorang ibu akan terus menuntut keadilan,” katanya.
Mengulas khabar angin mengenai yuran guamannya, Naran Singh menegaskan perkhidmatannya diberikan secara probono.
“Saya lakukan ini demi keadilan tanpa mengira kaum, bangsa atau agama,” jelasnya.
Sementara itu, Ummu Haiman meluahkan rasa lega selepas proses penggalian selesai.
“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan proses hari ini. Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan doa, tenaga dan sokongan. Kita tunggu keputusan bedah siasat kedua nanti,” katanya.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm