Berita Berita
'Sokongan orang ramai penguat semangat saya' - Ibu Syamsul Haris hargai sokongan rakyat Malaysia

KAJANG 29 Ogos – Proses penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, selesai dijalankan pagi tadi dengan lancar.
Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, menzahirkan penghargaan atas sokongan masyarakat yang hadir memberi kata semangat serta mendoakan kelancaran proses tersebut.
“Alhamdulillah, proses pertama (penggalian semula kubur) sudah selesai dan saya berpuas hati dengannya. Seterusnya, kita menunggu langkah kedua iaitu pelaksanaan proses bedah siasat kali kedua,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu mengarahkan penggalian semula kubur Allahyarham dijalankan secepat mungkin.
Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, sehari selepas mengikuti latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis akan membantu sepenuhnya proses berkenaan termasuk penggalian semula, mengiringi jenazah ke hospital, memantau bedah siasat kedua serta memastikan pengebumian semula berjalan lancar.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm