TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rakyat Malaysia bawa vape ada etomidate ke Singapura boleh dipenjara, sebat

By
|
Kongsi
image

 

 

SINGAPURA 29 Ogos – Bermula 1 September ini, Singapura akan melaksanakan peraturan baharu berkaitan penggunaan dan pemilikan rokok elektronik (vape), lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Individu termasuk pelancong asing yang didapati memiliki atau menggunakan vape bakal dikenakan denda minimum SGD$500 (RM1,639) selain diwajibkan mengikuti program rehabilitasi yang ditetapkan pihak berkuasa.

Bagi kes yang melibatkan vape bercampur etomidate, iaitu sejenis dadah terlarang Kelas C, hukuman lebih berat menanti dengan penjara sehingga 20 tahun serta 15 kali sebatan.

Warga asing yang bekerja di negara itu turut berdepan risiko tambahan, termasuk pembatalan kelulusan kerja dan permit tinggal, selain diusir serta disenarai hitam daripada memasuki Singapura.

Menurut laporan, notis peringatan akan dipasang di seluruh Lapangan Terbang Changi bagi mengingatkan pengunjung tentang larangan berkenaan. Disediakan juga tempat khas pembuangan vape bagi membolehkan mereka menyerahkannya tanpa tindakan undang-undang.

Pihak berkuasa Singapura turut memperketatkan kawalan di pintu masuk darat, lapangan terbang dan sempadan maritim memandangkan banyak produk vape diseludup masuk dari negara jiran termasuk Malaysia dan Indonesia.

+ - reset