Berita Berita
Johor arah siasatan segera kes ajaran sesat di Batu Pahat

JOHOR BAHRU 29 Ogos – Kerajaan Johor mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan segera berhubung penularan video ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, justeru siasatan terperinci perlu dilakukan.
Beliau menegaskan kerajaan negeri sentiasa komited untuk mengenal pasti dan membanteras sebarang bentuk ajaran menyeleweng tanpa sebarang kompromi.
“Segala bentuk khurafat, tahyul, pemujaan salah atau ritual yang bercanggah dengan syariat Islam serta kegiatan yang menyebabkan agama Islam dipandang rendah adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit di media sosial yang memaparkan ritual dipercayai ada kaitan dengan kuda kepang yang dikaitkan dengan unsur syirik. Rakaman berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita melakukan upacara diiringi paluan gong serta alunan muzik, malah kelihatan dua lelaki seperti dirasuki, manakala yang lain dipercayai sedang menyembah sesuatu di lokasi terbuka.
Menurut Onn Hafiz, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan umat Islam di Johor agar berpegang kepada akidah sebenar adalah peringatan jelas bahawa ajaran songsang tidak boleh dibiarkan bertapak di negeri ini.
Beliau berkata, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut menitahkan agar semua institusi agama, kepemimpinan masyarakat dan pihak berkuasa memperkukuh aspek penguatkuasaan serta pendidikan supaya umat Islam terhindar daripada ajaran sesat, khurafat dan tahyul.
Onn Hafiz dalam pada itu menggesa umat Islam khususnya penghulu, ketua masyarakat, penggerak masjid serta pihak berkuasa berkaitan untuk berganding bahu memastikan sebarang bentuk ajaran sesat dan pemujaan dapat dihentikan sepenuhnya demi menjaga akidah serta kesejahteraan umat. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm