Berita Berita
12 individu ditahan bantu siasatan pelajar jatuh dari asrama di Sabak Bernam

SHAH ALAM 29 Ogos – Seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam pada 26 Ogos lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, seorang individu dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kejadian berkenaan.
“Maklumat awal yang saya terima daripada polis menyatakan 12 orang ditahan. Seorang daripada mereka dipercayai ada kaitan, namun saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan profesional.
“Kita beri ruang kepada polis untuk mendapatkan kebenaran dan saya percaya pihak berkuasa akan memastikan keadilan ditegakkan dalam kes ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Syarahan Sempena Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA, di sini, hari ini.
Amirudin berkata, kerajaan negeri juga mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail yang juga EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri untuk mendapatkan perkembangan lanjut berhubung keadaan mangsa.
“Datuk Rizam telah bertemu dengan keluarga mangsa termasuk ibu dan bapa tirinya. Kerajaan negeri bersedia memberikan sokongan terhadap apa jua langkah yang diambil demi menjamin keadilan serta siasatan yang adil,” jelasnya.
Menurut Amirudin lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut diminta memberi pemantauan rapi terhadap mangsa yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah.
“EXCO Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin akan memaklumkan perkembangan terkini selepas mendapat laporan daripada Jabatan Kesihatan. Pihak kesihatan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa mangsa dan memastikan beliau dapat memberi keterangan tentang apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.
Difahamkan, beberapa petugas sekolah turut dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang sedang giat dijalankan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm