Berita Berita
FAM nafi campur tangan dalam peletakan jawatan Presiden

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan wujud sebarang campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak berhubung peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden badan induk itu.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan, keputusan Mohd Joehari dibuat atas kehendak peribadi beliau tanpa dipengaruhi pihak luar.
“Tak ada timbul campur tangan. Ini keputusan peribadi beliau. Sama ada mahu meneruskan atau meninggalkan jawatan, itu keputusan individu. Saya tidak boleh jawab kenapa dan apa alasan lain.
“Tetapi kalau kita tengok, tiada apa-apa yang luar biasa berlaku. Urusan di FAM tetap berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang media khas di Wisma FAM, hari ini.
Beliau menambah, keputusan Mohd Joehari perlu dihormati dan FAM mesti terus dipacu mengikut perlembagaan.
“Kenapa dan bagaimana, itu saya tak boleh jawab. Yang mustahak, kita dalam Exco patuh kepada perlembagaan.
“Kita bawa perkara ini ke mesyuarat Exco dan semua bersetuju serta menghormati keputusan beliau. Itu penting dalam sesebuah organisasi,” ujarnya.
Sebelum ini, FAM mengesahkan Jawatankuasa Eksekutif menerima peletakan jawatan Mohd Joehari dalam Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025–2029 yang berlangsung pada Rabu.
Susulan itu, Mohd Yusoff dilantik sebagai pemangku presiden sehingga kongres tahunan yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan.
Bagaimanapun, persoalan timbul apabila FAM tidak menjelaskan secara terperinci punca Mohd Joehari melepaskan jawatan tersebut selepas hanya beberapa bulan memegang tampuk kepimpinan sejak Februari lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm