Berita Berita
Empat sekawan didakwa rogol budak perempuan 11 tahun di Jempol

SEREMBAN 29 Ogos – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Jempol, minggu lalu.
Tertuduh ialah Y. Sayrran Kumar, 21, mekanik; Thineshwaran, 30, pemandu lori; G. Niresh Pillai, 21, mekanik; dan K. Kumar, 40, pemilik perkhidmatan pengangkutan.
Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku pada 23 Ogos 2025 antara jam 11 pagi hingga 3.30 petang di sebuah bilik rumah di Taman Meranti, Bahau, Jempol.
Selain itu, Sayrran Kumar turut berdepan dua lagi pertuduhan melibatkan mangsa sama pada Jun lalu di dalam sebuah kereta Perodua Myvi, serta merogol seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di rumah yang sama pada 23 Ogos.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding, peguam Revin Kumar mewakili Sayrran Kumar dan Niresh Pillai; S. Virochean mewakili Kumar; manakala Ramzani Idris mewakili Thineshwaran. Mereka memohon jaminan minimum atas faktor kewangan dan kesihatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan, selain memaklumkan mangsa merupakan kenalan kepada kesemua tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM30,000 bagi tiga pertuduhan terhadap Sayrran Kumar, RM10,000 terhadap Kumar dan Thineshwaran, serta RM5,000 terhadap Niresh Pillai.
Kesemua tertuduh juga diperintahkan tidak mengganggu saksi, melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport jika ada.
Mahkamah menetapkan 15 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm