Berita Viral
'Mi goreng lagi murah', pelanggan terkejut harga segelas teh o ais sampai RM11
KUALA LUMPUR 3 June - Kecoh sekejap di media sosial hari ini apabila seorang pelanggan sebuah restoran meluahkan rasa terkejut apabila dicaj sehingga RM11 bagi segelas teh o ais.
Gambar resit pembayaran itu dimuat naik Nur Elena dalam kumpulan Facebook sehingga mendapat banyak reaksi warganet yang tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan itu.
Difahamkan, kedai makan itu terletak di bangunan yang popular sebagai lokasi acara terbesar termasuk antarabangsa di negara ini.
Berdasarkan resit berkenaan, pelanggan itu memesan tiga jenis menu iaitu lontong, mi goreng dan juga teh O ais dan dikenakan bayaran sebanyak RM29.
Harga secawan teh O ais adalah RM11 yang dikatakan terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Rata-rata warganet turut meninggalkan komen pedas sambil menyeru Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memeriksa premis terbabit.
“Harga air lagi mahal berganda dari makanan. Dia ingat pelanggan ni tak pandai ke?,” kata Idayu Deh.
“Salah tekan ke apa ni? Bukan order banyak sangat sampai boleh silap,” kata Fariha Hasni.
"KPDN dah boleh jenguk la kedai ni. Mana boleh nak caj macam tu sekali. Aniaya pelanggan ni,” kata Meor Shah. - Media Telus
#viral #tehoais #mahal
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
