Berita Berita
Pelaksanaan SARA catat jualan lebih RM107 juta pada hari keenam

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memasuki hari keenam dengan rekod jualan bernilai RM107.1 juta membabitkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam semalam.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan kadar transaksi berada pada tahap stabil, iaitu 99 peratus.
“Langkah penambahbaikan serta peningkatan kapasiti sistem sepanjang lima hari terdahulu telah memastikan kelancaran yang dicapai pada hari ini.
“Secara keseluruhan, sejak pelaksanaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 8.3 juta rakyat telah menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan untuk membeli barangan keperluan asas. Jumlah perbelanjaan keseluruhan dalam tempoh enam hari mencecah RM536.9 juta di seluruh negara,” jelas kenyataan itu.
Bantuan SARA disalurkan melalui MyKad bermula 31 Ogos dengan peruntukan RM2 bilion, memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20. Ia boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya yang terpilih. - Media Telus
Berita berkaitan
September 7, 2025, 10:39 pm
Seorang maut, 3 cedera tertimbus pasir ketika pasang paip di Bota Kiri
September 7, 2025, 10:25 pm
Bersatu sepakat calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-11
September 7, 2025, 6:01 pm
KPDN mula terima aduan harga barang Mykasih, SARA naik
September 7, 2025, 5:29 pm
Pemandu Audi mabuk ditahan rempuh 2 motosikal polis, seorang cedera di JB
September 7, 2025, 5:15 pm
'Haramkan Tiktok jika terus gagal selesai isu buli siber' - Sivakumar beritahu MCMC
September 7, 2025, 4:44 pm
Armada buat laporan polis, siasat individu sengaja cetus kekecohan PAT
September 7, 2025, 4:14 pm
Azalina diberi 6 bulan sedia draf RUU Anti Buli - Ahmad Zahid
September 7, 2025, 4:01 pm
Beras paling laris ditebus penerima SARA, punca stok cepat habis - Fahmi
September 7, 2025, 3:47 pm
Fenomena 'Blood Moon' hiasi langit malam ini
September 7, 2025, 3:31 pm