Berita Berita
Tukang jahit rugi lebih RM100,000 akibat tipu bomoh maya

ROMPIN 6 Sept. - Seorang wanita berusia 51 tahun dari Chukai, Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM103,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai bomoh melalui media sosial.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, perkenalan antara mangsa, seorang tukang jahit dan ibu tunggal, dengan suspek bermula pada 1 September lalu melalui aplikasi Omi sebelum mereka berhubung di Telegram.
Menurutnya, suspek mendakwa mangsa terkena sihir dan menawarkan rawatan dengan mengarahkan mangsa melakukan beberapa ritual menggunakan telur serta garam. Mangsa yang dipercayai berada dalam keadaan seperti dipukau turut menunjukkan barangan emas miliknya.
“Mangsa kemudiannya menjual empat gelang tangan emas bernilai RM71,350 di sebuah kedai emas di Kemaman. Pada hari yang sama, sekitar jam 4.30 petang, dia meletakkan wang tunai RM71,000 bersama seutas rantai emas berhampiran longkang di Kota Bahagia, Rompin mengikut arahan suspek,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.
Suspek memberitahu mangsa wang itu akan ‘ghaib’ dan kembali semula dalam tempoh tiga hingga 14 hari jika rawatan diteruskan. Lebih malang, mangsa turut diarahkan menghantar rakaman video tidak senonoh bersama mana-mana lelaki serta gambar dirinya tanpa pakaian, yang akhirnya dipatuhi sekitar jam 5.30 pagi Khamis lalu.
Namun, pada keesokan hari kira-kira jam 6 pagi, mangsa kembali ke lokasi penyerahan barang tetapi mendapati tiada apa-apa seperti dijanjikan. Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bahagia.
“Mangsa kerugian dianggarkan RM103,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” jelas Sharif Shai.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya kepada rawatan mistik atau tawaran daripada individu tidak dikenali di media sosial. Maklumat berkaitan boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin di talian 09-4145999. - Media Telus
Berita berkaitan
September 7, 2025, 10:39 pm
Seorang maut, 3 cedera tertimbus pasir ketika pasang paip di Bota Kiri
September 7, 2025, 10:25 pm
Bersatu sepakat calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-11
September 7, 2025, 6:01 pm
KPDN mula terima aduan harga barang Mykasih, SARA naik
September 7, 2025, 5:29 pm
Pemandu Audi mabuk ditahan rempuh 2 motosikal polis, seorang cedera di JB
September 7, 2025, 5:15 pm
'Haramkan Tiktok jika terus gagal selesai isu buli siber' - Sivakumar beritahu MCMC
September 7, 2025, 4:44 pm
Armada buat laporan polis, siasat individu sengaja cetus kekecohan PAT
September 7, 2025, 4:14 pm
Azalina diberi 6 bulan sedia draf RUU Anti Buli - Ahmad Zahid
September 7, 2025, 4:01 pm
Beras paling laris ditebus penerima SARA, punca stok cepat habis - Fahmi
September 7, 2025, 3:47 pm
Fenomena 'Blood Moon' hiasi langit malam ini
September 7, 2025, 3:31 pm