Berita Berita
Lapan restoran di Kuala Lumpur diarah tutup akibat kotor

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Sebanyak lapan restoran di ibu negara diarahkan tutup selepas didapati gagal mematuhi tahap kebersihan premis dalam Operasi Penguatkuasaan Malam (OPM) dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap 30 premis di beberapa lokasi termasuk Taman Maluri, Jalan Raja Bot, Jalan Hj Hussein, Kampung Bharu dan Jalan Datuk Keramat.
Hasil pemeriksaan mendapati 16 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti pekerja tidak mengambil suntikan tifoid, tidak menghadiri kursus pengendalian makanan, tiada perangkap minyak di sinki, serta kegagalan menyelenggara bahagian dapur.
“Antara kesalahan lain ialah terdapat najis tikus dan lipas di kawasan dapur serta rak simpanan makanan, lantai dan dinding kotor, sisa makanan tidak dibersihkan, meletakkan meja kerusi di kaki lima dan tiada lesen perniagaan,” menurut kenyataan itu di Facebook.
DBKL menegaskan operasi sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pengusaha restoran mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan yang ditetapkan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 7, 2025, 10:39 pm
Seorang maut, 3 cedera tertimbus pasir ketika pasang paip di Bota Kiri
September 7, 2025, 10:25 pm
Bersatu sepakat calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-11
September 7, 2025, 6:01 pm
KPDN mula terima aduan harga barang Mykasih, SARA naik
September 7, 2025, 5:29 pm
Pemandu Audi mabuk ditahan rempuh 2 motosikal polis, seorang cedera di JB
September 7, 2025, 5:15 pm
'Haramkan Tiktok jika terus gagal selesai isu buli siber' - Sivakumar beritahu MCMC
September 7, 2025, 4:44 pm
Armada buat laporan polis, siasat individu sengaja cetus kekecohan PAT
September 7, 2025, 4:14 pm
Azalina diberi 6 bulan sedia draf RUU Anti Buli - Ahmad Zahid
September 7, 2025, 4:01 pm
Beras paling laris ditebus penerima SARA, punca stok cepat habis - Fahmi
September 7, 2025, 3:47 pm
Fenomena 'Blood Moon' hiasi langit malam ini
September 7, 2025, 3:31 pm