TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mindef hantar pasukan nilai pembelian F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait

By
|
Kongsi
image

PASIR GUDANG 6 Sept. – Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menghantar satu pasukan khusus bagi menilai keperluan serta kesesuaian cadangan pembelian jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil kerana rancangan pembelian masih belum dimuktamadkan dan proses penyerahan terbantut apabila Kuwait sendiri belum menerima pesawat baharu daripada Amerika Syarikat (AS).

“Saya dimaklumkan penghantaran jet baharu kepada Kuwait ditangguhkan lagi. Kita tidak boleh menunggu tanpa kepastian kerana Kuwait hanya boleh menyerahkan pesawat mereka selepas menerima yang baharu. Setakat ini, AS belum menetapkan tarikh, jadi kita perlu pertimbangkan pilihan lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Penyampaian Zakat Wakalah di Dewan Terbuka Taman Air Biru, di sini, pada Sabtu.

Pada 26 Ogos lalu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris menjelaskan pihaknya masih menilai semua aspek berkaitan rancangan memperoleh F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait, dan menafikan dakwaan kononnya urusan tersebut telah dibatalkan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memaklumkan pembelian 18 buah FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) yang dijadual tiba mulai 2027 dijangka membantu memenuhi keperluan operasi TUDM. Beliau turut menyatakan kemampuan armada Sukhoi sedia ada akan dinilai bagi memastikan keperluan pertahanan negara mencukupi.

Beliau menambah, kajian terperinci terhadap perolehan dan kekuatan aset udara akan diteruskan menjelang 2027 bagi memastikan perancangan kapasiti jangka panjang berjalan teratur. - Media Telus

+ - reset