Berita Jenayah
Polis tahan lelaki, rampas pistol dan 36 peluru dalam serbuan di Kota Bharu
KOTA BHARU 9 Sept. – Polis Kelantan berjaya merampas sepucuk pistol bersama 36 butir peluru selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Paloh, Pintu Geng, pada awal pagi Sabtu lalu.
Serbuan kira-kira jam 5 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Cawangan D9 Siasatan Khas dengan kerjasama Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 50 tahun yang tidak bekerja itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau serta sembilan rekod berkaitan dadah.
“Hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Glock 26 Gen 4 Austria 9x9, 34 butir peluru hidup berlabel A Auto 380 Auto, serta dua butir peluru hidup berlabel PAC 380 Auto.
“Ujian saringan air kencing juga mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, suspek telah direman selama empat hari hingga Rabu untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Media Telus
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
