TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

400 pengunjung perkhemahan cemas terperangkap kepala air di Kerling

By
|
Kongsi
image

KUALA KUBU BHARU 15 Sept. – Detik mencemaskan dialami kira-kira 400 pengunjung sebuah tapak perkhemahan apabila kawasan itu dilanda kejadian kepala air di Ali River Campsite, Kerling, pada awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 5.47 pagi.

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira jam 6.11 pagi.

“Sebaik tiba, komander operasi mendapati ratusan pengunjung berada di kawasan berkenaan ketika kepala air melanda,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba segera mengarahkan semua mangsa berpindah ke kawasan lebih tinggi dan selamat, selain melakukan pemantauan berterusan sehingga limpahan air kembali surut.

Menurutnya, keadaan hujan yang semakin reda membantu menurunkan paras air dan tiada mangsa dilaporkan cedera mahupun hilang dalam kejadian itu. - Media Telus

+ - reset