Berita Berita
Isu Kampung Sungai Baru: Khalid Samad teruskan saman Rafidah

KUALA LUMPUR 17 Sept – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap aktivis penduduk Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung status tanah kawasan berkenaan.
Peguamnya, Zulhazmi Shariff, berkata saman telah diserahkan melalui beberapa kaedah selepas Rafidah enggan menerima serahan secara terus.
“Kami telah melakukan serahan ganti termasuk melalui siaran akhbar, tampalan di mahkamah dan di kediamannya. Mahkamah menetapkan 29 September ini untuk pengurusan kes, namun sehingga kini beliau masih gagal memfailkan kehadiran.
“Sepatutnya pada 12 September lalu beliau hadir, tetapi tidak. Oleh itu, kami akan memfailkan perakuan ketidakhadiran dan memohon penghakiman ingkar selain menentukan tarikh taksiran ganti rugi,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara, hari ini.
Dalam masa sama, Zulhazmi merayu supaya Rafidah tampil ke mahkamah bagi menjelaskan dakwaan yang dibuatnya.
Sementara itu, Khalid menolak dakwaan kononnya Kampung Sungai Baru merupakan sebahagian daripada Tanah Rizab Melayu, sebaliknya menegaskan kawasan itu hanya wujud sekitar 1960-an selepas proses pelurusan sungai.
“Geran Kampung Sungai Baru adalah pegangan pajakan (leasehold) selama 99 tahun, sedangkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) digubal pada awal 1900-an. Maka, mustahil Kampung Sungai Baru termasuk dalam kawasan MAS.
“Dakwaan kononnya ia tanah emas adalah mengelirukan dan tidak pernah disertakan dengan bukti kukuh,” katanya.
Berita berkaitan
September 17, 2025, 6:01 pm
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm
Bot pancung bawa PATI rempuh aset Maritim, dua anggota cedera di perairan Negeri Sembilan
September 17, 2025, 3:42 pm