Berita Berita
Pemandu jentera maut tersepit selepas jentera pengorek terbalik di Jelebu

JELEBU 9 Okt – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas jentera pengorek dipandunya terbalik ketika melakukan kerja pembersihan kebun di Kampung Ulu Jelebu, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said, berkata kejadian berlaku sekitar jam 5.35 petang apabila mangsa berusia 31 tahun dipercayai gagal mengawal jentera ketika mendaki kawasan berbukit.
“Jentera berkenaan terbalik menyebabkan mangsa tersepit di bawahnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil bedah siasat di Hospital Jelebu mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat kemalangan industri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Sub Inspektor Abas Mohamed di talian 010-8649229 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 11:16 am
Anwar bangga usaha pasukan siapkan Belanjawan 2026
October 10, 2025, 11:01 am
Belanjawan 2026 dijangka tanpa cukai baharu – Guan Eng
October 10, 2025, 10:50 am
Mayat berpakaian pengawal keselamatan ditemui tersangkut di Sungai Klang
October 10, 2025, 10:45 am
Restoran di Melaka diserbu guna minyak masak peket bersubsidi untuk berniaga
October 10, 2025, 10:40 am
CUEPACS harap kerajaan umum bonus sebulan gaji dalam Belanjawan 2026
October 10, 2025, 10:21 am
Hannah Yeoh bidas pihak ungkit semula kritikan lama isu pemain naturalisasi
October 10, 2025, 10:18 am
Pemberian kerakyatan pemain warisan langkah strategik tingkat sukan negara – Puad
October 10, 2025, 10:16 am
Belanjawan 2026 hala tuju bantu rakyat tanpa tambah beban hutang negara – PM
October 10, 2025, 10:13 am
Lelaki lemas ketika mencari siput di paya bakau Pantai Remis
October 9, 2025, 4:08 pm