Berita Berita
Malaysia sambut baik kemajuan rundingan gencatan senjata Gaza

PUTRAJAYA 9 Okt. – Malaysia menyambut baik laporan mengenai kemajuan dalam rundingan gencatan senjata di Gaza yang dianggap sebagai sinar harapan selepas berbulan-bulan penderitaan dan kemusnahan di wilayah itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkembangan tersebut memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Palestin yang telah lama menanggung kesengsaraan akibat serangan berterusan rejim Zionis.
“Perkembangan ini menawarkan sedikit harapan selepas berbulan-bulan penderitaan dan kemusnahan yang tidak tertanggung. Setiap usaha untuk menamatkan keganasan dan melindungi nyawa orang tidak berdosa mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan segera,” katanya dalam kenyataan di akaun media sosial rasminya pada Khamis.
Anwar menegaskan, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam perjuangan menuntut keadilan, maruah dan kenegaraan yang sah, sambil menyeru semua pihak mengambil peluang ini untuk bergerak ke arah keamanan menyeluruh dan berkekalan.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan bagi fasa pertama pelan damai yang melibatkan pengunduran tentera Israel serta pembebasan tebusan dan tahanan hasil rundingan di Mesir.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 11:16 am
Anwar bangga usaha pasukan siapkan Belanjawan 2026
October 10, 2025, 11:01 am
Belanjawan 2026 dijangka tanpa cukai baharu – Guan Eng
October 10, 2025, 10:50 am
Mayat berpakaian pengawal keselamatan ditemui tersangkut di Sungai Klang
October 10, 2025, 10:45 am
Restoran di Melaka diserbu guna minyak masak peket bersubsidi untuk berniaga
October 10, 2025, 10:40 am
CUEPACS harap kerajaan umum bonus sebulan gaji dalam Belanjawan 2026
October 10, 2025, 10:21 am
Hannah Yeoh bidas pihak ungkit semula kritikan lama isu pemain naturalisasi
October 10, 2025, 10:18 am
Pemberian kerakyatan pemain warisan langkah strategik tingkat sukan negara – Puad
October 10, 2025, 10:16 am
Belanjawan 2026 hala tuju bantu rakyat tanpa tambah beban hutang negara – PM
October 10, 2025, 10:13 am
Lelaki lemas ketika mencari siput di paya bakau Pantai Remis
October 9, 2025, 4:08 pm