Berita Berita
Polis rakam keterangan pemilik kenderaan pacuan empat roda berpelekat tulisan Hebrew

MELAKA 9 Okt. – Polis Melaka telah merakam keterangan seorang pesara kerajaan berusia 59 tahun yang merupakan pemilik kenderaan pacuan empat roda tular kerana memaparkan pelekat bertulisan Hebrew baru-baru ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu menempah pelekat tersebut di sebuah kedai di Selangor kira-kira 13 tahun lalu kerana minat terhadap pelbagai tulisan asing seperti Greek dan Rusia.
“Dia pernah terlihat tulisan Hebrew ‘Israel Betainu’ yang bermaksud ‘Israel Rumahku’, lalu menukarnya kepada ‘Malizia Beiteinu’, iaitu ‘Malaysia Rumahku’,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, hari ini.
Menurut Dzulkhairi, siasatan masih dijalankan termasuk mendapatkan pandangan pakar bahasa bagi memastikan tiada unsur mencurigakan dalam tulisan tersebut.
Pesara terbabit turut membuat laporan polis selepas menyedari kenderaannya tular, manakala adiknya yang sering menggunakan kenderaan itu turut dimaklumkan mengenai kejadian.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat provokasi atau kenyataan melampau di media sosial susulan isu berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 11:16 am
Anwar bangga usaha pasukan siapkan Belanjawan 2026
October 10, 2025, 11:01 am
Belanjawan 2026 dijangka tanpa cukai baharu – Guan Eng
October 10, 2025, 10:50 am
Mayat berpakaian pengawal keselamatan ditemui tersangkut di Sungai Klang
October 10, 2025, 10:45 am
Restoran di Melaka diserbu guna minyak masak peket bersubsidi untuk berniaga
October 10, 2025, 10:40 am
CUEPACS harap kerajaan umum bonus sebulan gaji dalam Belanjawan 2026
October 10, 2025, 10:21 am
Hannah Yeoh bidas pihak ungkit semula kritikan lama isu pemain naturalisasi
October 10, 2025, 10:18 am
Pemberian kerakyatan pemain warisan langkah strategik tingkat sukan negara – Puad
October 10, 2025, 10:16 am
Belanjawan 2026 hala tuju bantu rakyat tanpa tambah beban hutang negara – PM
October 10, 2025, 10:13 am
Lelaki lemas ketika mencari siput di paya bakau Pantai Remis
October 9, 2025, 4:08 pm