Berita Berita
2.1 juta kenderaan dijangka memenuhi lebuh raya sempena Deepavali

BENTONG 9 Okt. – Sekitar 2.1 juta kenderaan dijangka berada di lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara sepanjang cuti perayaan Deepavali dari 17 hingga 22 Oktober ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lebih 500 pegawai dan anggota polis trafik akan digerakkan bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan pengguna jalan raya.
“Fokus utama JSPT adalah memastikan aliran trafik lancar di lebuh raya, jalan bandaran dan kawasan tumpuan pelancong. Anggota juga akan menasihat serta mengambil tindakan terhadap pengguna yang melanggar undang-undang jalan raya,” katanya pada Program Latihan Menembak JSPT Bersama Media 2025 di IPD Bentong, hari ini.
Beliau turut menyeru pengguna jalan raya supaya memandu berhemah, mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau kemalangan kepada pihak polis bagi menjaga keselamatan awam.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, kerjasama antara JSPT dan agensi media penting bagi menyebarkan maklumat tepat kepada masyarakat.
Beliau turut memaklumkan JSPT baru-baru ini merampas dadah bernilai lebih RM12 juta hasil operasi bersepadu ketika penugasan pemantauan di lebuh raya, sebagai sebahagian usaha membantu jabatan lain dalam membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 11:16 am
Anwar bangga usaha pasukan siapkan Belanjawan 2026
October 10, 2025, 11:01 am
Belanjawan 2026 dijangka tanpa cukai baharu – Guan Eng
October 10, 2025, 10:50 am
Mayat berpakaian pengawal keselamatan ditemui tersangkut di Sungai Klang
October 10, 2025, 10:45 am
Restoran di Melaka diserbu guna minyak masak peket bersubsidi untuk berniaga
October 10, 2025, 10:40 am
CUEPACS harap kerajaan umum bonus sebulan gaji dalam Belanjawan 2026
October 10, 2025, 10:21 am
Hannah Yeoh bidas pihak ungkit semula kritikan lama isu pemain naturalisasi
October 10, 2025, 10:18 am
Pemberian kerakyatan pemain warisan langkah strategik tingkat sukan negara – Puad
October 10, 2025, 10:16 am
Belanjawan 2026 hala tuju bantu rakyat tanpa tambah beban hutang negara – PM
October 10, 2025, 10:13 am
Lelaki lemas ketika mencari siput di paya bakau Pantai Remis
October 9, 2025, 4:08 pm