TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

11 pekerja cedera akibat kebocoran bahan kimia di kilang Tanjung Malim

By
|
Kongsi
image

TANJUNG MALIM 9 Okt. – Seramai 11 pekerja mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas berlaku kebocoran bahan kimia berbahaya di sebuah kilang di sini, pada Khamis.

Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim menerima laporan kejadian itu pada jam 12.42 tengah hari.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada kebocoran sistem paip yang menyebabkan tumpahan bahan kimia jenis isosianat sebanyak 15 liter.

“Semua mangsa telah dihantar ke klinik berhampiran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Kebocoran berjaya ditutup dan kerja pembersihan sedang dijalankan menggunakan pasir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut dipanggil untuk menasihati prosedur pembersihan dan pemantauan bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar selamat.

+ - reset