Berita Berita
Lagi kes rogol berkumpulan di sekolah, sebar video lucah, 4 pelajar ditahan di Kedah

BALING 16 Okt - Polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini serta seorang bekas pelajar kerana disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran bahan lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun pada jam 8.11 malam Ahad selepas dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah mengenai rakaman video anaknya dalam keadaan berbogel yang tersebar di media sosial.
“Laporan polis dibuat pengadu setelah menerima maklumat daripada guru disiplin terbabit pada jam 11 pagi hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar pada jam 9.30 malamhari yang sama bagi membantu siasatan.
“Sepanjang siasatan, polis telah merampas enam buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan,” jelasnya.
Hasil soal siasat mendapati keempat-empat suspek terbabit menyimpan dan menyebarkan bahan lucah tersebut.
“Siasatan lanjut turut mendedahkan bahawa empat suspek itu telah melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan antara Mei hingga Ogos 2025, di beberapa lokasi termasuk dalam kelas di sekolah terbabit,” katanya.
Tambah beliau, permohonan reman ke atas semua suspek telah dibenarkan selama lima hari bermula tarikh tangkapan bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan, dan Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana menghantar bahan pornografi kanak-kanak.
— Sinar Harian
Berita berkaitan
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm
Feri percuma sempena Deepavali pada 20 Oktober – SPPP
October 16, 2025, 4:02 pm
Polis siasat pengaruh permainan video, media sosial dalam kes bunuh pelajar di Bandar Utama
October 16, 2025, 2:21 pm
Dua calon SPM didakwa rogol pelajar Tingkatan Tiga dalam kelas, seorang mengaku bersalah
October 16, 2025, 12:20 pm
Agensi diarah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut – Ahmad Zahid
October 16, 2025, 12:13 pm
KPM perjelas isu ‘simpan bawah karpet’, bukan sembunyi kes – Fadhlina
October 16, 2025, 12:00 pm