Berita Berita
Ops Gegar Pontian: Tiga premis urut digempur, 17 individu ditahan

PONTIAN 16 Okt. – Tiga premis urut dan refleksologi di daerah ini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Gegar Pontian pada Selasa lalu selepas disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata operasi berkenaan dijalankan hasil risikan berterusan dan maklumat awam, yang membawa kepada penahanan 15 warga asing serta dua warga tempatan dipercayai penjaga dan pengurus premis.
Menurut beliau, warga asing yang ditahan terdiri daripada dua lelaki Myanmar, seorang wanita Indonesia, tiga wanita Laos, tiga wanita Myanmar dan enam wanita Thailand berusia antara 21 hingga 56 tahun.
“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, dan masuk tanpa permit sah. Dua warga tempatan pula disiasat kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau memaklumkan semua tahanan telah dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut, manakala enam borang saman saksi turut dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.
Mohd Rusdi menegaskan, serbuan itu menunjukkan komitmen tegas JIM Johor dalam membanteras penyalahgunaan pas lawatan dan kegiatan tidak bermoral.
“JIM Johor tidak akan berkompromi terhadap majikan atau pemilik premis yang melanggar undang-undang, dan operasi penguatkuasaan akan terus digiatkan bagi memburu PATI,” ujarnya.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm
Feri percuma sempena Deepavali pada 20 Oktober – SPPP
October 16, 2025, 4:02 pm
Polis siasat pengaruh permainan video, media sosial dalam kes bunuh pelajar di Bandar Utama
October 16, 2025, 2:21 pm
Dua calon SPM didakwa rogol pelajar Tingkatan Tiga dalam kelas, seorang mengaku bersalah
October 16, 2025, 12:20 pm
Agensi diarah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut – Ahmad Zahid
October 16, 2025, 12:13 pm
KPM perjelas isu ‘simpan bawah karpet’, bukan sembunyi kes – Fadhlina
October 16, 2025, 12:00 pm