TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM laksana reformasi segera tingkat keselamatan murid di sekolah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Okt - Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan reformasi serta-merta terhadap sistem dan mekanisme sedia ada selain memperkukuh program pendidikan bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata usaha itu berteraskan lima fokus utama iaitu kesihatan kental; pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial bagi menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak serta pencegahan bahan terlarang; dasar perlindungan kanak-kanak; penjagaan guru; dan suara murid.

Menurut beliau, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut secara praktikal dan efisien di semua 10,243 sekolah di seluruh negara.

“KPM akan menilai keberkesanan usaha ini secara intensif dan berkala. Pemantauan serta penilaian pelaksanaan terhadap semua inisiatif di peringkat sekolah akan dibuat semula setiap 15 hari.

“Menteri, timbalan menteri dan pengurusan tertinggi KPM juga akan terus turun padang bertemu warga pendidik dan murid bagi mendapatkan input berkaitan pelaksanaan inisiatif ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN–Temerloh) yang meminta penjelasan mengenai tindakan segera dan menyeluruh KPM untuk memastikan insiden tragis seperti kes pelajar dirogol dalam kelas tidak berulang, termasuk aspek keselamatan fizikal, pengawasan guru, mekanisme aduan yang berkesan serta sokongan kepada mangsa dari segi psikososial dan perundangan.

l

+ - reset