Berita Berita
Sepasang tunang ditahan berkhalwat di rumah keluarga wanita

JOHOR BAHRU 16 Okt. - Tindakan sepasang tunang tidur sebilik di rumah keluarga wanita itu tanpa halangan daripada ibu sendiri mengundang padah apabila kediaman mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada Rabu.
Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi, sepasukan anggota JAINJ menyerbu sebuah unit pangsapuri di daerah ini selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral di lokasi berkenaan.
Menurut JAINJ, sebaik tiba di lokasi, pintu grill rumah didapati tidak berkunci sebelum dibuka kira-kira empat minit kemudian oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an.
Pemeriksaan lanjut menemui beberapa kanak-kanak di ruang tamu, manakala sebuah bilik berkunci dibuka lima minit kemudian oleh seorang wanita berusia 20-an yang berpakaian santai.
“Di dalam bilik itu turut ditemui seorang lelaki berusia 30-an sedang duduk di atas katil. Hasil soal siasat mendapati pasangan terbabit merupakan tunang sejak dua tahun lalu namun belum menetapkan tarikh pernikahan.
“Lelaki berkenaan berstatus duda anak satu dan bekerja di seberang Tambak Johor, manakala wanita tersebut bekerja di Johor Bahru. Mereka dikatakan berkenalan ketika bekerja di sebuah pasar raya,” katanya dalam kenyataan.
Lebih mengejutkan, ibu wanita berkenaan mengakui mengetahui anak dan tunangnya tidur sebilik, namun tidak menegur kerana bimbang anak terasa hati.
“Kalau tegur, anak merajuk,” katanya ringkas kepada penguat kuasa.
Difahamkan, lelaki berkenaan menyewa rumah lain tidak jauh dari lokasi serbuan dan hanya datang pada hari-hari tertentu.
Pasangan terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm
Feri percuma sempena Deepavali pada 20 Oktober – SPPP
October 16, 2025, 4:02 pm
Polis siasat pengaruh permainan video, media sosial dalam kes bunuh pelajar di Bandar Utama
October 16, 2025, 2:21 pm
Dua calon SPM didakwa rogol pelajar Tingkatan Tiga dalam kelas, seorang mengaku bersalah
October 16, 2025, 12:20 pm
Agensi diarah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut – Ahmad Zahid
October 16, 2025, 12:13 pm
KPM perjelas isu ‘simpan bawah karpet’, bukan sembunyi kes – Fadhlina
October 16, 2025, 12:00 pm