Berita Berita
'Perut, dada dipijak selain mulut ditekup' - Murid darjah 1 dipukul dua murid darjah 3 di kantin sekolah di Shah Alam

SHAH ALAM 17 Okt - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang murid Tahun Satu dipukul dua murid Tahun Tiga di kantin sebuah sekolah di Seksyen 32, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata laporan dibuat oleh ibu mangsa pada jam 9.51 malam hari yang sama.
“Dalam laporan itu dinyatakan mangsa dipukul ketika berada di kantin sekolah kira-kira jam 3 petang. Mangsa kini dirawat di Hospital Shah Alam dan berada dalam keadaan stabil.
“Siasatan mendapati murid berkenaan dipukul dua murid Tahun Tiga. Polis masih menyiasat punca kejadian dan tahap kecederaan dialami mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mohd Iqbal turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang murid lelaki Tahun Satu di sebuah sekolah di Seksyen 32 yang cedera selepas dipercayai menjadi mangsa buli oleh beberapa murid Tahun Tiga ketika waktu rehat.
Bapa mangsa mendakwa anaknya diugut akan dicekik jika melawan, selain dipijak di perut, dada dan kaki serta mulutnya turut ditekup oleh pelaku.
Berita berkaitan
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm
Anwar ingatkan sekolah jangan sembunyi kes buli dan salah laku pelajar
October 17, 2025, 3:57 pm
Polis tunggu laporan bedah siasat lengkap kes pelajar ditikam di Bandar Utama
October 17, 2025, 3:51 pm
16 individu termasuk pegawai bank ditahan SPRM terlibat rasuah pinjaman peribadi
October 17, 2025, 3:45 pm