Berita Berita
Dr Zaliha dilantik jadi ketua pasukan petugas khas bantu orang Melayu di Kampung Baru, Sungai Baru
KUALA LUMPUR 29 Okt - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, dilantik mengetuai pasukan petugas khas bagi memastikan kepentingan komuniti Melayu di Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru terus terpelihara.
Dr Zaliha berkata, mandat yang diberikan Jemaah Menteri itu bertujuan menyelaraskan rundingan antara pemaju, agensi kerajaan dan wakil komuniti tempatan supaya pembangunan semula kedua-dua kawasan berjalan secara adil dan inklusif.
Beliau memaklumkan, kerajaan turut memperkenalkan pendekatan baharu bagi meningkatkan kadar pemilikan Bumiputera di Kampung Sungai Baru menerusi empat intervensi utama.
“Pertama, kita akan melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti UDA Holdings Berhad dan PNB(Permodalan Nasional Berhad) bagi membantu membangunkan semula kawasan Melayu strategik ini.
“Kedua, kerajaan menetapkan rumah ganti untuk penduduk Melayu bagi memastikan kesinambungan sosio-budaya di kawasan bersejarah seperti Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.
“Ketiga, kita akan memperbagaikan komponen pembangunan seperti unit kondominium, SOHO, rumah kedai dan pejabat mampu milik Melayu.
“Keempat, DBKL akan memantau pematuhan kuota Bumiputera atau Melayu melalui laporan suku tahunan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini.
Kampung Baru dan Sungai Baru Berbeza Status
Dalam pada itu, Dr Zaliha menjelaskan bahawa Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru mempunyai status tanah yang berbeza, walaupun kedua-duanya sering dianggap sama.
“Ramai Ahli Parlimen, khususnya daripada blok pembangkang, masih keliru mengenai status ini. Kampung Sungai Baru bukan tanah di bawah pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) dan tidak pernah diwartakan sebagai rizab Melayu,” katanya.
Menurutnya, pemahaman tepat terhadap status tanah amat penting bagi memastikan sebarang pelan pembangunan semula dapat dilaksanakan dengan mengambil kira hak pemilik asal dan kepentingan komuniti Melayu bandar.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
