Berita Berita
Warga emas hilang selepas keluar mencari lembu di Lubok Merbau
IPOH 29 Okt. – Seorang warga emas dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas keluar mencari lembu di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau, di sini.
Mangsa, Zahari Zainuddin, 70, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar sekitar pukul 6 petang untuk memberi makan lembu peliharaannya.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada pukul 1.41 petang semalam, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.
“Ketua operasi melaksanakan penilaian awal dan mengaplikasikan konsep LAST (Locate, Access, Stabilize, Transport) bagi memastikan operasi dijalankan dengan teratur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, operasi semalam melibatkan tiga kumpulan pencarian yang menelusuri jejak terakhir mangsa dalam radius kira-kira tiga kilometer.
“Operasi hari ini pula disambung pada pukul 9 pagi dengan empat sektor pencarian meliputi radius tujuh kilometer,” katanya.
Tambah Shazlean, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM turut digerakkan ke lokasi bagi membantu usaha mengesan mangsa di kawasan hutan tersebut.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
