Berita Berita
DBKL nafi dakwaan agihan pokok bunga percuma di Taman Tasik Titiwangsa
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa berlaku agihan pokok bunga secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sempena KL Park Festival 2025.
Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi, DBKL menegaskan bahawa tiada sebarang agihan pokok bunga kepada orang awam dibenarkan di kawasan tersebut.
Sebaliknya, pihak berkuasa tempatan itu menjelaskan, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan tanaman hiasan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses penutupan acara.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan berkenaan tanpa kebenaran serta tidak mengambil sebarang tanaman atau bahan hiasan di tapak festival.
“Langkah ini diambil bagi menjamin keselamatan awam dan melancarkan kerja-kerja pembersihan,” menurut kenyataan itu.
DBKL turut menasihatkan warga kota supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta hanya merujuk kepada saluran rasmi DBKL untuk mendapatkan pengesahan atau maklumat terkini.
Pihak DBKL juga menegaskan bahawa penyebaran maklumat palsu boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai dan mengganggu urusan kontraktor yang masih menjalankan kerja pasca acara.
Terdahulu, tular beberapa hantaran di media sosial mendakwa orang ramai boleh mendapatkan pokok bunga secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa selepas penganjuran KL Park Festival 2025.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
